Bagaimana saya buat seo untuk cabaran seo hidup berani untuk gagal

February 28th, 2010

Salam hormat dan salam sejahtera,

Mungkin post ini agak terlewat. Walaubagaiamanapun Terima kaseh kerana menunggu. Sebelum saya dedahkan rahsia bagaimana saya seo kan blog melayu boleh saya pada cabaran seo hidup berani untuk gagal. Saya rasa ade baik kita melihat sejarah domain ini terlebih dahulu kerana ia ada kaitan.

Tahukah anda Sub-Domain kepada kmzack.com ialah melayuboleh.kmzack.com? - Cam kelakar lak ayat ni kan…. tapi takpela anda paham kira Oklahtuh …. Site subdomain ini dibangunkan pada cabaran seo melayu boleh yang sudah hampir satu tahun berlalu. Ini bermakna aged domain ini sudah agak tua dan sudah ade trust dari google.

Blog ini dibina menggunakan platform wordpress dan sekali lagi subdomain kepada kmzack.com ini digunakan untuk bertanding dalam cabaran seo.

Sebagaimana pada mana-mana cabaran seo yang saya sertai, saya akan melakukan seo pada site tersebut dengan cara mendapatkan backlink dari site orang lain. Dengan kata lain site melayuboleh.kmzack.com ini telah di optimisekan untuk enjin carian.

Jadi tidak hairan lah dengan postkan satu artikel yang terdapat keyword hidup berani untuk gagal, artikel tersebut telah berada di muka depan google - tanpa membuat backlink.

Untuk makluman, site ini dianugerahkan PR3 sebelum ini dan pada updates PR yang lepas site ini sudah jatuh PR kepada PR2 kerana saya tidak optimisekan site ini dan juga jarang updates artikel/post baru.

Jadi faktor aged domain dan high pagerank, sebenarnya membantu menempatkan mana-mana artikel post baru berada dimuka depan google dengan syarat keyword yang digunakan kurang persaingan - Itu baru post belum lagi mengubah title tag pada homepage dibahagian wp-header.php.

Pada cabaran ini juga saya tidak menggunakan ALL in One SEO wordpress plugin - kerja-kerja mengubah title homepage dibuat secara manual.

Plugin yang digunakan adalah Related Post Plugin, WP Breadcrumb plugin dan google sitemaps WP-plugins.

Related Post Plugin
- Saya suka plugins ini kerana ia membantu optimisekan secara silo onpage seo method - grouping kan artikel post mengikut tag

WP Breadcrumb plugin
- Memudahkan googlebot crawl setiap link dalam site kita

Google sitemaps WP-plugins.
- Plugins ini memudahkan kita buat peta rangkaian kepada site kita - search engines bot pun mudah crawl dan segala updates yang dibuat akan cepat dimaklumkan kepada bot

Okay Setelah saya mengetahui Artikel post yang dibuat telah masuk muka depan google tanpa membuat backlink maka peluang untuk menempatkan Homepage menjadi lebih mudah. Maka dengan itu saya memulakan kerja-kerja seo yang terdiri daripada : -0

1. Onpage seo
2. Offpage seo

Onpage Seo - optimasi site yang hanya kita/admin sahaja yang mengawal perkara ini kecuali site kita dihack. Site ini menggunakan free webhosting dan kadang-kadang site ni susah nak load sebab server busy. So saya kurangkan plugin yang berat dan close semua komen box - kalau tak site ini kene attack oleh auto spaming tools - kadang tuh hosting berbayar pun kene inikan free webhosting hahaha

Okay guys anatara Onpage seo method yg saya lakukan.

1. Kaedah yang saya gunakan adalah dengan mencari themes wordpress yg sesuai dan kurang errors
2. Menukar title tag homepage dengan keyword (Hidup Berani Untuk Gagal)
3. Remove kan semua plugin yang tidak diupdates
4. Mencari post didalam subdomain ini yang mempunyai PR dan letakkan backlink disitu
5. mengurangkan penggunaan keyword

** Sesetengah peserta yang join cabaran ini didapati over optimise penggunaan kata kunci hidup berani untuk gagal ** - Maka kelemahan itu saya jadikan panduan untuk saya seo kan site saya

Offpage seo - lebih kepada mendapatkan backlink dari site orang lain.

1. Blog sokongan - saya menggunakan blogspot dan free blog platform yang lain untuk dijadikan blog sokongan - tujuan blog sokongan adalah untuk membuat 3 way link yang membentuk 3 backlink secara oneway dan bagus untuk trapped google spider.

Cth 3 way link boleh dilihat didalam gambar

Teknik Seo - Cabaran seo Melayu boleh

Gambar ini bukan digunakan dalam cabaran seo HBUG tetapi pada cabaran seo melayu Boleh dan teknik itu sedikit advance kalau ada masa saya kan sediakan panduan lengkap berkenaan itu

2. Link Exchange - Mencari bloggers atau website owner yang hendak tukar link suka sama suka | Tips - signup members dekat wangcyber.com kerana dekat Forum WC ramai site owner nk tukar link

3. Backlink dari site luar negara - mendapatkan backlink dari artikel directory site,Forum, Web2.0, Website, Portal, Blog malahan dari google sendiri - google maps atau google profile page pilih yg mana berkenan dihati - dua-dua pun boleh

4. Memastikan backlink yang dibuat diindex oleh google - Copy URL dimana backlink yang dibuat dan perlu google search URL itu jika sudah ada dalam SERPS - bermaksud sudah diindexlah

5. Pastikan juga backlink yang dibuat adalah dofollow - gunakan firefox Browser untuk buat seo dan install add-on untuk melihat samada link didalam sesebuah website adalah dofollow atau Nofollow.

Begitulah serba sedikit kaedah seo yang saya gunakan dalam cabaran kali ini dan telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Terima kaseh kepada denaihati selaku penganjur, dan kengkawan yang sudi bagi backlink kepada site saya - Jasa korang tidak akan dilupakan just YM me ok kalau nak backlink. No hal BEB.

Akhir kata saya bukan pakar seo tetapi saya suka belajar seo. Ilmu seo yang saya dapat dari forum dan juga blog telah menjadikan saya semakin mahir dengan seo.

Saya akan buat eksperimen dari ilmu seo yang saya dapat dan jika anda serius mempelajari seo, tidak mustahil anda juga boleh menjadi pakar seo Suatu hari nanti dan tahukah anda seo adalah suatu kepuasan

** Permainan seo diteruskan lagi untuk keyword Online Bachelor Degree yang akan berakhir pada 28 Febuary 2010 waktu 2.00 petang **

Juaranye macam dah leh agak aje. sitenye…hohoho site saya dapat berada dikelumpuk pemenang dah kira rezeki dah tuh. Sesuailah dengan usaha yang just suka-suka.

kalah atau menang adalah adat bertanding. tahniah kepada bakal pemenang, Nantikan laporan khas bagaimana saya seokan site online bachelor degree pulak pada post akan datang…………

Any komen?